 |
Scones paling sedap!
|
Atas saranan kawan, maka dengan perasaan teruja yang amat, maka berusahalah untuk sampai ke Cafe ini. Walaupun hujan bukan penghalang besar kami. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan rasa hidangan yang dinikmati. Layanan yang begitu mesra membuatkan seolah berada di rumah sendiri. Teruja memang teruja sebab suasana persekitaran yang mendamaikan.
Terletak di Sungai Buloh, hanya taip dalam maps/waze apps White Brick Oven maka apps akan memacu anda terus ke sini. Hanya perlu peka untuk melihat ke arah kawasan berkenaan kerana cafe ini memang seperti rumah penduduk sekitar yang lain, dan ke dalam sedikit yang maan perlu melalui lorong kecil untuk sampai ke cafe. Terdapat jua banner yang tertulis nama cafe tergantung di pagar masuk.
1 ulasan:
dah lama teringin nak pegi cafe ni tapi tak kesampaian lagi
Catat Ulasan