|
Ikan Patin Masak Tempoyak- Menghairahkan berahi makan. |
DAPOR DESIGNER
NO 75 -G FLOUR JLN NAUTIKA AU20/A PUSAT KOMERSIL
TSB SG BULOH 40160 SHAH ALAM
03 61445880 (RESERVATION)
Tidak perlu bersusah payah lagi kini mencari penangan ikan patin masak tempoyak sehingga ke Temerloh. Rasa yang sama malah jauh lebih padu keenakan bagi peminat tegar ikan patin tempoyak seperti aku . Warga Sungai Buloh atau penggemar sekitar pelusuk bolehlah jengah ke restoran DaporDesigner ini. Jaminan gerenti berpuas hati. Hidangan menyelerakan malah dalam kuantiti yang banyak pasti membuat anda bertambah berkali-kali.
Aku kalau singgah sini memang sepinggan nasi tak cukup pasti 2-3 pinggan tambah. Setiap bulan mesti menapak sini walapun perlu berkelana dari Shah Alam bukan halangan asalkan kebahagian perut termakbul.
Situasi restoran yang santai sangat sesuai untuk yang gemar bersembang tanpa gangguan persekitan. Pemilik restoran pun sangat lah mesra dan peramah. Selain menu utama ikan patin tempoyak,aneka makanan lain seperti asam pedas, ayam berempah nasi kerabu nasi dagang dan sebagainya tersenarai dalam menu. Pilihan hanya bergantung pada selera anda untuk nikmati.
Jangan terlambat untuk mencuba!!
|
Ikan Pain Goreng vs Ikan Patin Tempoyak |
|
Nasi Kerabu |
|
Ayam Berempah |
|
Laksa
|
|
Ikan Patin Goreng |
|
Mee Kari |
|
Pais Ikan Tempoyak |
|
Pulut Mangga |
|
Menu-menu |
|
Antara ruang dalam restoran |
|
Untung maklumat lanjut boleh ke : instagram : @dapordesigner facebook: Dapor Designer
|
|
Instagram |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan