Alhamdulilah, sekelip mata masa berlalu pantas tinggalkan aku disini. Usai 7 bulan berkerjaya. Segenap kekuatan dapat dikumpul pada landasan yang benar. Perubahan pada diri pintas segala kekurangan yang dibendung.
Jika 3 bulan pertama, aku bergelut dengan perasaan, menghimpit penyelasan pada keputusan yang terzahir. Jutaan pertanyaan menyerang segenap ruang. Bertalu arus aku digasak oleh kecewa. Bagaimana aku cepat jatuhkan keputusan sedangkan ini bukan kemahuan yang aku izinkan. Cita-cita tercicir dibelakang, sedangkan kemahuan dianjak kedepan.
Beri iktibar pada diri, tidak salah untuk terus mencuba walaupun bukan kemahuan itu yang dipinta. Belajar dari segala kekurangan menjadikan aku terus bertahan sehingga hari ini. Terlalu kejam perubahan memamah ketahanan yang ku pikul selama ini. Paling ketara " KEMATANGAN". Aku akui, kini sedang berkejaran dengan proses dari pra kematangan menjadi lebih 5 kali matang dari usia sebenar. Perit untuk ditelan, pejal untuk diadaptasi, tetapi itu satu proses yang aku wajar bersyukur. Diberi Tuhan untuk terus berubah menjadi "SESEORANG". Bukan SESEORANG untuk dipuja, untuk dijulang ke langit ke-7 malah tidak sesama sekali untuk dibiarkan tenggelam dengan lautan pujian. BUKAN!!
Definisi itu mudah, kerana aku perlu menjadi MATANG , tidak lagi dipandang enteng oleh sesiapa. MATANG bukan bererti aku perlu luputkan segala sikap tapi ubah menjadi lebih terurus pada hemat mata yang menghakimi. Hidup kini lebih perlu tahu apa yang perlu dan apa yang tidak. Agar aku mudah menjadi SESEORANG, tidak lagi terhimpit antara benar dan salah .MERAPU
Aku tidak pasti apa akan berlaku untuk kisah masa akan datang, tapi aku sedang berusaha mengatur setiap gerak geri. Tidak lagi dipandang BODOH setengah manusia. Tidak lagi ekstrem mendukung amanat orang sedangkan itu jauh dari galur keupayaan aku. Belajar untuk berdiri pada paduan kaki sendiri, tujahkan minda untuk lebih bijak beremosi dalam kata-kata, lebihkan keperibadian dari kepincangan perasaan.
Tercampaknya aku dimukim ini memberikan aku sedikit masa untuk pantas berfikir zahirkan apa yang aku perlu lakukan. Bukan lagi bertindak dalam keterburuan yang akhirnya memakan diri.
Lan- hidup hari ini adalah untuk hidup masa akan datang, siapa kita hari ini serba sedikit tercalit untuk siapa akan datang. Berusahalah selagi berdaya, jika diminta untuk keluar dari galur kemampuan, gagahkan memaju ke arah itu. Peduli apa ada pada benak hasutan orang tapi jangan terlalu obses dengan diri sendiri. Ada wajar perlu juga suntingkan apa yang mereka kata. Majukan pada kedudukan yang benar, nyahkan segala yang salah . Terima Kasih Teman
Sekian..
Iklan
Ahad, 31 Mac 2013
Sabtu, 16 Februari 2013
GYM& Hidupku!
Sketsa Aku & Bos :
Suatu pagi, suatu ketika..keadaan di pejabat begitu tenang! Masakan tidak, hanya beberapa kerat yang gigih bekerja di saat cuti menghambat masa. Biarkan mereka beraya sakan, itu hak mereka. Kita tibanya raya nanti pasti berkeadaan demikian. Malah mungkin terlebih pengiraan mengambil cuti alasan raya setahun sekali sahaja. Sogokan awal, otak direncah yang boss tidak akan jengah office. Perihal ini awal-awal lagi sudah dihebohkan dalam whats app yang beliau tidak akan hadirkan diri. Aku percaya! Setiba di meja..segera dahulukan kerja yang sengaja ku tinggalkan 5 hari lepas. Mulalah mata terkebil kerah otak berusaha dengan tekun. Mengingati kembali apa permasalahan sehingga aku sendiri buntu. Oh buntu sebab itu alasan selamat untuk aku lepaskan diri tempoh hari. Penghujung jumaat masalah di hadapkan ke hadapan aku. Memang tidaklah aku gigih mencari penyelesaian terbaik. Ku katakan, beri aku masa untuk tungkus lumus selesaikan sebelum hujung jumaat depan. Kejam! Walhal dalam benak sudah terbayang panggilan kampung, masakan mak, kecohan kawan-kawan. Hahaha..Itu wajib!
Dalam perhatian cuba selesaikan apa yang tertangguh itu, akhirnya berjumpa juga dengan jawapan! Masalah remeh bila sengaja menyulitkan keadaan memang akan menjadi bersimpang siur. Bila aku beri pandangan, buat begitu jangan hendak begini sangat nanti natijahnya memakan diri sendiri malah mengheret aku terbabit. Degil! Dengusan mereka kuat membantah aku. Katakan aku budak baru, baru grade! Apa yang ada pada aku jika dipandang pada segulung ijazah yang aku perolehi masih segar hijau, belum cukup matang! belum setahun..Susah! Tapi aku biarkan, manusia yang degil ini akan terhantuk baru tergadah makananya..Pengajaran berguna. Tidak perlu membazirkan air liur berikan pendapat, tidak perlu menaikkan darah untuk tegakkan kebenaran. Percaya pada Allah itu memadai, yang kita benar dan pasti kebenaran susuli orang yang niatnya benar! Akhirnya kemuncaknya aku berjaya, mahu menjerit, mahu melompat malah mahu berjoget tapi asakan perasaan malu itu kuat kerna di hadapan meja terduduk setiausaha setia fokus mengetuk papan kekunci beliau terus mematikan perasaan. Hanya mampu tersenyum lebar sampai berdiri! Aku tidak pasti kenapa perlu berdiri, tapi secara langsung aku berbuat begitu. Terpacul terkejut setiausaha melihat aksi spontan aku, malah beliau ketawa terbahak-bahak. Bila terperasaan beliau ketawa, aku terus duduk, dan menghala PC terusan ke muka agar dapat melindungi muka yang merah padam menahan malu.Hahaha
Lupakan itu, bukan itu yang ku cuba kisahkan di sini, banyak kali dah aku terkantoi dengan setiausaha itu! kalau direkodkan banyak gila aksi aku di luar batasan normal terjadi di kala aku berjaya selesaikan masalah. Tapi macho tetap terkawal, apa yang berlaku. Aku buat-buat lupa. Tapi bila sampai rumah atau sepanjang perjalanan dalam kereta, pasti aku ketawa lupa dunia, lupa yang aku sedang memandu dan sedang diperhatikan dengan perasaan janggal oleh pemandu lain. Sambung kerja, tiba-tiba pintu pejabat dikuak sekuatnya, aku tidak menoleh tetapi aku dah terbiasa dengan perangai begitu pasti tidak lain itu adalah beliau, beliau yang selalu aku berasa kecil berada disisinya. Boss! oit tercuit dalam hati mujur bukan di mulut. Berganda aku naikkan kefokusan aku. Itu perlu, aku baru sahaja disahkan taraf jawatan dan perlu untuk aku lagak dedikasi depan beliau kerana aku mahukan kenaikan gaji yang berlipat ganda. Itu perlu, hipokrit itu wajar tapi biarkan dalam hati ikhlas, biar luaran sahaja yang mainkan peranan asalkan tidak pada niat mencari rezeki.
Beliau terus melulu menuju biliknya serta dibuntuti oleh setiausaha dibelakang. Pemandangan begitu tidak lagi asing bagi aku yang terusan menghadap. Aku mula mencari kekuatan, sebelum nama aku di laung dijulang tinggi dari bilik beliau menghala tepat ke telinga aku. Aku diam membatu, laju melaraskan segala perihal fail yang perlu aku kemukakan kepada beliau. Oh perlu kemas, perlu sistematik kalau tidak mahukan carutan dihujung perbualan. Selesaikan berjuta masalah beliau dengan setiausahanya, selang berganti minit. Nama aku dipanggil, tapi aku tidak pasti adakah itu datangnya dari beliau atau suara dari radio setiausaha itu. Oh aku keliru, aku cuba amati dengan perlahan, masih sayu! tiba-tiba beliau datang dari belakang dan terus sergah aku! Aku terkejut lalu terjatuh kerusi .Punya gelabah tidak tertahan-tahan sampai jatuh kerusi. terjelupuk jatuh depan beliau. Beliau tidak ketawa tapi aku yang malu.Hahah..Bangun, betulkan kerusi, betulkan keadaan baju, seluar dan segala macam aku betulkan walaupun tidak perlu sangat untuk lakukan. Dengan gagah, aku kerahkan kaki untuk lajukan juga langkah menuju bilik beliau. Sejurus sampai, setiausaha itu meminta izinkan untuk keluar dan berlalu meninggalkan aku dan beliau.
Babak Perbualan...
Boss: Sihat?
Aku : Saya sihat.
Boss: Tadi kenapa saya panggil kamu, tidak ada sahutan? terus senyap..Kamu berangan ke?
Aku : Tidak, saya keliru sahaja.
Boss: Apa yang kamu kelirukan? saya pangil nama kamu..siapa lagi dalam office ini yang sama nama dgn
kamu?
Aku : Saya fokus buat kerja, itu yang tetiba keliru (alasan tidak ada sangkut paut)!!
Boss: Ok, baiklah..lain kali tolong jangan keliru lagi.Macam mana meeting dengan orang pejabat tanah?
Aku : Segalanya baik, saya dah usulkan segala maklumat yang mereka perlukan dan mereka berikan
segala maklum balas yang postif. Saya ada juga bertanya perihal yang kurang mengenai fail kita.
Boss: Lalu? ada yang tidak lengkap atau perkara yang menghalang dari projek yang kita submit untuk
diproses?
Aku : Ada, tapi saya telah sediakan segala perihal terbabit, saya akan bawakan dalam meeting akan datang.
Boss: Bagus! Saya mahukan projek ini berjalan dengan lancar dan ini dibawah seliaan kamu. Saya serahkan
segalanya kepada kamu.
Aku :Baiklah...Ada apa-apa lagi boss?
Boss: Oh pasal kerja tiada. tapi pasal peribadi kamu, ada..
Aku ; Peribadi? maksud boss?
Boss: Yea, penampilan kamu..Saya tengok badan kamu semakin laju naik. Perut tu terutamanya.Sayanglah
muda lagi tapi badan seperti orang tua, bujang pula tu. Kalau dah kahwin saya tidak kisah. Memang
tidak dapat lari dari begitu. Mahu tidak, kalau isteri masak kamu kena makan juga biarpun tidak
sedap kena jugak telan, takut nanti merajuk
Aku : Tahan gelak! ooooooo,
Boss: Saya nak kamu pergi gym, pergi workout , bagi badan nampak sasa..ada 6pax. Baru client tengok
ada rasa kepercayaan dan selesa untuk bekerjasama dengan kamu
Aku: Dalam hati- aik perluke 6pax bagai??sampai badan sasa??...HahHA..apa dia ingat aku jumpa client
sampai kena tanggalkan seluar? tanggalkan baju bagai? ingat aku nak buat catwalk ape dpn client,
tak pun nak menari tiang bagai...Hahaha
Boss: Lan?? tengok berangan lagi..Apa yang kamu fikirkan?
Aku : Eh saya tak berangan, baiklah saya akan cuba cari masa untuk ke gym, saya cuba untuk turunkan
berat badan..saya cuba..Ada apa2 lagi boss?
Boss: Tiada..kamu boleh sambung kerja kamu
Aku : Baiklah..Berlalu tinggalkan beliau
Sampai meja, fokus terus hilang sebaliknya fikirkan pasal gym. Alahai aku bukan suka tempat yang begitu. Sesak dengan macam-macam peralatan, berhadapan dengan orang-orang yang aku rasa sangat pelik. Berpeluh sakan dalam bilik. Lainlah kalau jogging dekat tasik.Itu best, aku sanggup! Satu hal pula aku nak pergi daftar, cari gym.Terpaksalah..Huhuhu.. Kita tengoklah keputusannya nanti, adakah aku berani sahut cabaran beliau dan buktikan aku mampu...Hehe..Aku bersikap positif dengan apa yang beliau maksudkan, mungkin beliau mahu aku sihat dan cergas kerana kerjaya akau melibatkan orang ramai dan perlu penampilan yang menarik untuk menarik minat client berurusan..
Jumaat, 11 Januari 2013
Aunty Aini's Garden Cafe..
Pintu Utama sedia menanti kedatangan anda..
Diliputi rimbunan pelbagai pokok berkeliaran disekitar menggamit kedamaian yang dicari
Jauh lari dari hiruk pikuk kotaraya begitu membangkitkan nafsu untuk rasai kemewahan sajian yang dijanjikan. Untuk rasai sendiri kenikmatan makanan dan suasana sebegini boleh berkunjung:
Suasana sekitar cafe :
Aunty Aini's Garden Cafe
Batu 16, Jalan Sepang
Kampung Chelet
71800 Nilai
06-7991276
Waktu Perniagaan:
Isnin/Monday- Khamis/Thursday : 11:30am- 3.00pm, 5.30pm- 11.30pm
Jumaat/Friday- Sabtu/Saturday : 11:30am-3.00pm, 5.30pm-12.30pm
Tutup pada hari Ahad/ Close on Sunday
Suasana sekitar cafe :
Meja pilihan kami jauh dari lingkaran utama cafe kerana mahukan privacy sendiri
Ruang untuk bersila-seolah makan dirumah sendiri cuma sekeliling terbuka
Isnin, 12 November 2012
Golden Palm Tree Resort - Sepang Gold Coast
Syukur, walaupun aku tidak sampai sebulan bertugas, tetapi telah dihantar kursus. Kata bos, aku dipilh kerana aku perlu kenal dengan lebih dekat dengan kakitangan dan pengawai Pejabat Tanah Hulu Langat. Ini kerana tugas aku banyak berurusan dengan mereka. Jadi, ini adalah satu peluang untuk mendekatkan lagi jarak yang tersedia ada. Lagipun aku akan lebih faham susur galur proses kerja. Aku akui memang pada mulanya agak kabur kerana sepanjang apa yang aku belajar dari diploma sehinggala ijazah begitu berlainan sekali dengan tuntutan kerja. Apa yang tertulis dalam buku, sejujurnya banyak yang tidak sama apabila kita berkerja, buku sekadar memberi ilmu untuk bekalan, tetapi kerja mengajar kita untuk mendapatkan pengalaman berguna yang akan lengkapkan ilmu yang kita ada.
Ku titipkan serba sedikit gambaran suasana sepanjang aku berada disini, tidak berkesempatan untuk jelajah segenap ruang kerana keadaan yang terhad. Masa banyak terarah pengisian kursus. Jadi apa yang sempat dirakam,hasilnya yang terpapar dalam ruang ini. Moga pendedahan ini mampu menarik minat anda untuk mencuba......sesungguhnya best!!!!!heheh
Senjakala
Malam
Jumaat, 12 Oktober 2012
Lirik Lagu Baru RAMLAH RAM & CAPRICE 5 MINIT
Producer: Mikhael
Music Arrangement: Mikhael
Recording Studio: The Ark Studio
Mixing & Mastering: Nick Lee@The Art Studio
Sound Engineer: Burn@The Ark Studio
Strings: Aru Studio Bandung
Piano & Drum: Mikhael
Vocal coordinator: FarisAwanband
Backing Vocal: Ramlah Ram, Caprice &FarisAwanband
(Caprice)
Good evening..sayang,
Its your boy C to the P
And I got 5 minutes, right about now
We got Ramlah Ram right next to me,
Let’s go
(Ramlah Ram)
Seandainya cinta ini bisa membahagiakan
Pastinya dunia ini akan ku miliki
Walau ku tidak mampu untuk meluahkan
Harapan cintaku ada dihati mu
Seharusnya aku dapat diberi peluang
Untuk menyayangimu sepenuh hati
Mungkinkah kau kan terima ku seadanya
Kerna ku belum tahu kau mencintaiku
(Caprice)
Yeah..yeah..yeah
What’s up girl, it’s your boy
Young hovo, so far and I’m trying closer
If friends talk, ain’t that great
Wait a minute girl, I believe in fate
From the day when we met
Day when you left
I’ve been thinking about you
Every day day day
Siang malam ku menunggu
Kau buat ku huruhara
Really wanna holahola
Bila nak manja manja, wow
(Ramlah Ram)
Oh sayang kini engkau perlu tahu
Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
Mencintaimu satu saat yang bermakna
Ku menanti lafaz cinta tiga kata
Andai kau sang pencinta wanita
Kau pasti kan dapat melihat aku dimata mu
Jujurnya adakah kau sudah berpunya
Membiarkan hatiku dalam dilemma
(Caprice)
Sebenarnya Caprice dah lama...
(Ramlah Ram)
Tiba waktu saat kunanti akhirnya pasti
Kaulafazkancintaseribupengertian
Lima minit yang ku tunggu saat bermakna
Kau kini menjadi milikku selamanya
Oh sayang kini engkau perlu tahu
Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
Mencintaimu satu saat yang bermakna
Ku menanti lafaz cinta tiga kata
Andai kau sang pencinta wanita
Kau pastikan dapat melihat aku dimata mu
Jujur nya adakah kau sudah berpunya
Membiarkan hatiku dalam dilema
(Caprice)
There’s nobody else like me
Most likely and not like me
They are four maybe three
Take your two when I really got one
Eyyo sayang jangan bimbang
Antara bintang-bintang
Dikau saja yang berkilauan
Ku sentiasa di awan nano nano,
Yeah I know,
keangkasa,a
I follow,
So we should get together
And pretend there’s no
Tomorrow tomorrow
(Ramlah Ram)
Oh sayang kini engkau perlu tahu
Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
Mencintaimu satu saat yang bermakna
Ku menanti lafaz cinta tiga kata
Andai kau sang pencinta wanita
Kau pasti kan dapat melihat aku dimata mu
Jujurnya adakah kau sudah berpunya
Membiarkan hatiku dalam dilema
(Caprice)
Sayang jangan kau bimbang
Antara bintang-bintang
Sayang jangan kau bimbang
Antara bintang-bintang
Ramlah Ram and my name is C to the P
Rabu, 26 September 2012
Misteri Pokok Pelam
Kisah Benar
Sudah seminggu aku memikul tugasan untuk membuat tinjauan suasana ladang kelapa sawit keluarga semenjak pekerja bercuti pulang ke Indonesia. Kekerapan itu berlandasan kemampuan akal manipulasi fizikal untuk berbuat demikian. Letih walaupun hanya perlu meninjau dari jauh. Masakkan berbelas tahun tinggalkan aktiviti begini. Bukan rutin ini yang mahu aku kisahkan selanjutnya. Tetapi sebab dan akibat berbuat tidak baik akan sesama manusia. Hahaha
Setiap kali aku melintas masuk ladang, aku perlu melalui sepohon pokok pelam yang begitu berjoget-joget sedang berbuah. Acapkali mata tertusuk pandangan pada hiruk pikuk buah yang montok lagi mengiurkan membuatkan hati terjentik berkata begitu indah jika dapat menawan deretan buah yang seakan melambai aku dari jauh. Sungguh aku tergoda walaupun aku bukan penggemar tegar akan buah pelam.Tetapi bila mata tertacap pada dahan rendang itu nafsu jadi kendur, air liur semakin kecur dibuatnya walhal hanya sepohon pelam tetapi keghairahan seolah tidak pernah merasai sebelum ini. Seumpama tetiba terjumpa segerombolan wanita berbogel depan mata!!Hisy..
Pagi tadi aku masih lagi bertahan nafsu untuk tidak terpedaya dengan dakyah memesongkan nafsu . Tetapi idea tetiba datang dari kawan aku.
Jumaat, 21 September 2012
Rashid & Aina
Pada 16 September lalu, berlangsung majlis di pihak lelaki. Tempoh hari aku tidak berpeluang untuk bertandang keramaian sebelah pihak perempuan. Alhamdulilah kesempatan yang mendatang, akhirnya tertunai janji untuk melihat bagaimana adik-beradik squad beraksi di atas pelamin. Sungguh indah gandingan mereka berdua. Tampak serasai,begitu cantik padanan Mu Ya Allah. Moga jodoh yang Kau satukan in Ya Allah berupaya kekal abadi. Kau utuhkanlah kasih yang sedang berlegar dalam benak ruang mereka. Kau kekalkan segala apa yang telah Kau mulakan ini Ya Allah. Agar kebahagian ini mampu diwarisi sehingga hujungnya. Jauhilah segala kemungkinan yang mampu membadai segenap ruang masjid yang telah didirikan. Kau perihalakanlah segala-galanya Ya Allah ..
Oh selepas segala urusan majlis keramaian. Brader Syuk ajak aku follow dia shoot untuk outdoor..Jadi aku ni dah lah tidak hebat, jadi sekali sekala orang Pro mengajak, itu yang tidak lepaskan peluang. Dapat jugak sedikit ilmu.
Sekitar Chow Kit.
Langgan:
Catatan (Atom)