Iklan
Sabtu, 13 September 2014
Penghuni Baru!
Semalam baru berborak dengan orang paling aku kagum dalam hidup tentang kisah keakraban aku dengan housemate yang hampir jengah ke 5 tahun. Tapi hari ini, mendapat perkhabaran bahawa housemate itu perlu pindah ke Kuantan dalam masa terdekat kerana perolehi tawaran kerja kerajaan. Mendegar suratan itu, perasaan bebal selubung hidup setengah hari. Bukan dengki kerana rezeki beliau. Itu takdir masakan aku perlu tentang. Cuma keberatan mencari rakan rumah baru sangat lah malapetaka. Mahu keserasian berkongsi segala perkara. Bukan mudah apatah lagi waktu aku bukan sepenuh masa di rumah. Faktor ini amat membimbangkan kalau penghuni baru adalah bukan dari jenis yang kita mahukan. Silap langkah bersepai rumah. Apatah lagi jenis pengotor, deritalah lah kau sepanjang hayat. Semoga penghuni baru adalah yang terbaik malah berharap lebih baik dari sekarang. Buat housemate lama, bahagialah dengan pekerjaan baru dan jangan lupa aku di sini. Tak sangka pengakhiran kita di Shah Alam jua. Arghh sedih!
Selasa, 9 September 2014
Nafas..
Kau harus kuat
Untuk bela nasib sendiri
Berikan kau kebahagian
Yang telah kau hilang sejak dahulu
Sebagai empunya diri
Tanggungjawab tidak akan terputus selamanya
Sejauh mana kau pergi
Ia tetap ekori dari belakang tanpa jemu
Setiap langkah kau tinggalkan biarlah bererti
Untuk dikenang di lain hari
Usah lagi kau takut
Pada bayang semalam
Kerana itu satu aras pengalaman
Ajar kau tentang bait kehidupan
Tanpa ia hilanglah pedoman
Apa yang kau lakukan biarlah sejujur tindakanmu
Padukan niatmu pada kebenaran
Biar diadili Dia, bukan manusia lain
Tiada lagi harus kau sesali
Setiap nafas yang berlalu
Jangan ditagihi pemergiannya
Biarlah ia pergi tanpa sebarang jejak
Agar tidak bersisa di lubuk hati
Untuk dikenang sepanjang hayat
Pergi lah kau pergi
Tinggalkan aku disini
Tanpa rasa cintamu
Akan ku pertahankan segenap rasa
Agar tidak lagi terdetik kasih untukmu
Berdiri membayangi sayangmu semalam
Seolah tidak ada lagi harapan untuk mu
Ku biarkan jodoh berbicara
Andai kata kuat untuk temani hidupku
Akan pasti jua muncul siapakah
Bukan mengalah berserah pada segenap takdir
Tapi ku tahu ia akan datang. Pasti!
Longlai ku berbicara tentang engkau yang samar
Tapi sekuat iman berbaki dalam nafas
Sanjung ku untuk ku bertahan
Juangkan apa yang benar
Kerna ku tahu keadilan itu sudah tertulis
Untuk lelaki seperti aku..
Ahad, 20 Julai 2014
Berpuasa Ramadhan Di Tengah Laut
berbuka di atas crew boat |
Kini tinggal malam-malam terakhir berpuasa. Baru sahaja menjejakan kaki di bumi Tanah Semenanjung setelah menghabiskan separuh berpuasa di daerah tengah laut Bintulu. Berpuasa bukan penghalang untuk meneruskan kerja hakiki. Kepenatan tidak berbatas hanya Tuhan sahaja yang mengerti tapi demi sesuap rezeki halal tetap bertahan perjuangkan sehingga kudrat terakhir. Tiada apa yang membezakan bekerja di bulan puasa mahupun di hari biasa. Cuma ketara waktu makan tengah hari sahaja tidak berlangsung, di mana rehat dipenuhkan dengan santai mahupun tidur sebagai pelepas lelah paling terbaik.
![]() |
Saat bermula untuk perlayaran. |
Wanita-wanita hebat hidup bersaing dengan lelaki ditengah laut |
Menu berbuka jika terlajak berkerja diwaktu berbuka. Bekalan dari kapal |
Panas mentari bukan penghalang untuk jalankan tugas |
Bergayut |
Berteduh |
Khamis, 17 Julai 2014
Kehidupan Offshore ( Offshore Life)..
Lembaran lepas ,hanya gambar jadi santapan.. Mungkin terbuka separuh jiwa sahaja untuk menghayati. Kini ku selitkan sebuah video sebagai medium agar lebih terpahat dalam sanubari. Video ini bukan aku yang garapkan akan tetapi saudara Farris Norzzali yang aku sedut dari youtube. Apa yang terpapar dalam video ini tidak lari jauh dengan apa yang aku lalui setiap hari kehidupan disana.. Agar apa yang ku cuba paparkan ini mungkin mampu menjentik hati kalian di sana untuk bersama bergelumang dengan kehidupan di laut. Selamat menonton....
Rabu, 16 Julai 2014
Kehidupan Offshore Surveyor
Berdampingan dengan dunia laut, membuatkan aku terpanggil rasa syukur dengan hidup
Dahulu aku bukan berahi untuk terjun ke lautan dalam , selonggar dunia sana. Tapi atas desakan hidup yang terpikul atas bahu memanggil, menyesakkan dada membuatkan aku untuk melangkah dari kebiasaan. Menidakkan segala perancangan yang dibikin diawal kisah.
Sumpah, indah berdamping dengan laut walaupun digasak dengan keadaan yang tidak dijangka. Tapi pasak hati dengan matlamat hidup membuatkan kau tabah untuk setia bersama. Malam siang berganti jawapnya tetap sama.
Susah untuk menjangka apa yang bakal kau berhadapan. Segala kemungkinan bisa hinggap dalam hidup. Cekalkan lah segala perasaan, sedialah segala emosi mu. Lama mana begini itu terpulang pada suratan takdir Tuhan.
Itu rezeki kami, kehidupan dilaut tanpa darat jauh dari mata,jauh dari keluarga ,jauh dari teman dan sahabat tersayang. Memang berkepuk sebab itu jalan yang kami pilih untuk gaji berkepuk. Mahu kepuk bersama tolong tinggal keluarga berkelana hidup dilautan, beraya dilaut, stress di laut malah tidur dilaut. Hak berkepuk hak kami..Offshorian.
Hayati dan cuba bayangkan anda disituasi aku. Gambar nukilan sendiri sahaja.. Nikmatilah.
Sebelum berlayar menuju destinasi |
Suasana berkehidupan dalam perut kapal |
Dua legasi tempat tinggal |
kerja |
engineer vs surveyor |
Khamis, 4 Julai 2013
Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki 172/13 Dan Wanita 34/13 29 June 2013
01 January 2013 tarikh permulaan beliau mendaftarkan diri di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, Negeri Sembilan. Kini 29 June 2013 berjaya menamatkan penat lelah sepanjang mengikuti latihan dan persiapan diri untuk dilepaskan menempuh onak duri perjalanan kerjaya mencabar di luar.
![]() |
Bersama Nenda Tercinta |
Beliau merupakan anak saudara merangkap cucu sulung, demi mewarisi darah komando bapanya yang mengalir dalam diri disemat dari kecil untuk menjadi perwira.Berakhirnya SPM, segala peluang sambung pelajaran ke peringkat Diploma ditolak tepi seketika demi lunaskan cita-cita yang sudah termetri dalam sanubari sejak awal lagi. Biarpun kini berjaya genggam dalam jiwa segala impian, harapan Pakcik moga Epy kenang balik, segala penat lelah berjuang ketika SPM dulu untuk meraih keputusan cemerlang dapat diadaptasi pada laluan yang benar. Sambung balik pelajaran yang tertinggal di belakang demi jaminan hidup yang lebih sempurna. Ubah segala persepsi masyarakat biarpun bermula dari pangkat bawah dengan ilmu yang kita ada, pencapaian akademik yang terbaik. Insya-Allah boleh lebih maju ke hadapan.
Hati yang cekal, semangat yang membara dan segala motivasi diperolehi sepanjang tempoh latihan dapat dipraktikan untuk bina hidup dan kerjaya yang lebih padu. Siapa kita masa hadapan adalah bertitik mula pada langkah yang kita atur pada masa sekarang. Jangan takut untuk paling ke belakang perbetulkan kesilapan yang pernah kita tinggalkan di belakang kerana hanya kita yang layak untuk menentukan nasib dan selebihnya takdir dariNYA.
Harapan keluarga amat besar agar dapat menjadi contoh dan teladan yang terbaik untuk adik dan sepupu yang masih kecih di bawah. Biar apa bidang yang kita ceburi dan kita lalui tidak terlalu rumit andai tahu bagaimana hendak rencanakan di masa-masa akan datang . Kejayaan itu akan datang jika disusuli usaha tidak pernah jemu dan tawakal yang tidak pernah henti.
Sekitar Majlis Berlangsung :
![]() | |
Seawal 6am seramai ibubapa dan keluarga memenuhi ruang legar padang kawad |
![]() |
Panas sang suria diawal kemunculan tidak mematah semangat untuk terus bertahan |
![]() |
1Malaysia berkumpul disini |
Rabu, 26 Jun 2013
Resepsi Pertunangan Skuad
Seorang lagi ahli Squad 12 berjaya langsungkan tunangan pada 22/06/2013 bersamaan Sabtu yang lalu
Semoga beliau tabah mengharungi " dunia" mereka "berdarah manis"
Semoga kekal perhubungan itu sehingga ke gerbang perkahwinan
Semoga penyatuan 2 hati ini berlangsung dalam susana bahagia, harmoni, tenang dan aman damai
Semoga selamat segala-galanya.
Paling penting barakah itu agar jalinan ini mampu tersurat hingga hujung nyawa. Amin
1 pasangan berjaya diijabkabulkan, 3 pasangan kini berstatus hakmilik tunangan orang, maka tinggal 7 lagi yang Insya-Allah akan menyusul kemudian( doa2kanlah)..
Segala pelamin,hiasan mahupun hantaran adalah hasil tangan sendiri beliau.
Pelamin
Hantaran Pihak Perempuan
Langgan:
Catatan (Atom)