Iklan

Khamis, 25 September 2014

Rindu.

Malam tadi terlena. Berbaring tubuh dalam lelah. Ku singgap birai langsir. Biarkan bertelanjang menghadap langit. Kelam! Tegur hati. Peduli asalkan hembusan lelah bertempiaran pergi. Berteman bingkisan perlahan suara lagu. Indah malam bertaut. Semakin larut mata mula berbisik bersedia lena. Dalam kerancakan mimpi, satu dimensi lain. Setelah bertahun tenggelam dalam rindu. Dia hadir kembali mengusik hati. Kali ini datang berbaring sebelah, laju kuntumkan segaris senyum yang selama ini ku igaukan. 8 tahun ku serahkan segala jiwa raga tanpa rona luka. Cuba bertaut tangan tapi tidak lagi terasa hangat jemari yang selalu ku genggam. Cuba sentuh setiap inci wajah tapi tidak tergapai. Jemari ku bertindak agresif cuba memeluk sebatang tubuh yang selama ini sentiasa menjadi amatanku. Kecewa! Tiada lagi reaksi seperti yang aku harapkan. Kaku tanpa berbalas. Semakin aku cuba semakin jauh ia berlalu. Ku diamkan tangan tanda berhenti berharap. Ku lajukan langkah bererti aku mahukan dia bersama.  Mata hanya mampu melihat sekujur tubuh yang aku rindukan terusan pergi hilang bersama kelam langit. Semakin lama semakin menjauh. Titisan mula bergenang pada kelopak mata. Tersentak dari tidur. Rupanya hanya mimpi. Lama dia tidak menjengah lena. Bertahun berharap agar diberi peluang untuk menatap lagi. Termanggu seketika! lalu berganjak berpaling sebelah. Kosong! Betapa hebatnya rindu. Walaupun sekental penafian tapi masih berbaki dalam jiwa. Biarlah terus terpahat dalam hidup.. Kerna itu yang aku mahukan.  

Isnin, 22 September 2014

Adilkah?


Tatkala kau berusaha siang malam
Tanpa henti jemu persiapkan diri
Akhirnya.. Tiba hari kejadian
Kau paling bersemangat
Menghadirkan diri seawal pagi
Segala ilmu rapi tersusun dalam benak
Menunggu detik untuk kau bentangkan
Segala pertanyaan pasti akan terjawap
Yea. Aku buktikan dengan segala kudrat
Tanpa mengalah walaupun sesaat
Segala soalan aku bahaskan dengan penuh cermat
Berhati-hati tapi berfakta
Setelah lama penantian keputusan
Akhirnya rezeki tidak berpihak
Aku kecewa berpanjangan
Cuba memujuk untuk terima kenyataan
Tapi aku manusia biasa
Adakala dalam semangat
Lelah dengan hasutan emosi
Terbawa-bawa dalam setiap hela nafas
Cuba lagi bertahan
Tapi rapuh dimamah kata-kata
Bangkit dari larut dengan perasaan
Duka jua yang setia menanti
Perkhabaran itu sebenarnya menyakitkan
Walaupun ku ukirkan sebuah senyum
Petanda jiwa aku kuat
Ku luahkan disini
Agar berat amarah ini
Bisa berlalu perlahan tinggalkan
Aku disini
Dalam kembara memburu rezeki
Di tengah laut dalam. 

Isnin, 15 September 2014

Janji.

Manusia. Sebelum kenal hati budi kau. Sebelum letak hati kau sebaris hati dia. Pelbagai janji manis bertebaran di lafazkan. Tapi setelah 2,3,5,7,1000 kali tawan kau, itu pun kalau sempat lah tahap itu. Longkang depan rumah pun belum tentu dia sanggup pimpin tangan kau untuk melintas! Dan pasti hati kau sudah tercampak merata ruang. Tiada lagi sanjugan. Paling kejam tiada lagi rasa hormat,kasih dan sayang apatah bait ungkapan rindu kedengaran seperti permulaan. Nampak permainan disitu?. Berhati-hati serahkan segalanya takut nanti kau juga yang kecamuk sendirian. Kau sendiri derita tak sudah. Ada batas perasaan yang kau perlu semat dan jaga dalam jiwa agar harapan kau tidak sia-sia!. Bukan sedabak bulat-bulat kau serahkan hati kau pada dia dengan maksud dia akan belai penuh kasih. Tidak! Belum pasti..

Sabtu, 13 September 2014

Tinggalkan.

Terjaga dari lelap. Tu pun dapat signal perut memulas. Bingkas bangun kejar tandas! Damn.. Makan lupa diri pada majlis besday anak kawan malam tadi, padahnya berbayar. Selak facebook sebentar bagi mata larut mana tahu terus lelap. Semakin segar dibuatnya. Terjah wechat, tertacap mata pada moment seorang kawan lama yang kini berkelana ke UK. Bertukar angin, bersilih ganti kerjaya. Kenal beliau dari zaman diploma sampai degree. Memang beliau layak dapat ats usaha keras selama ini. Syabas kawan. Ok, silang tangan atas bantal. Berangan! Semoga suatu masa nanti aku mampu hijrah tinggalkan Malaysia. Bermula sekecil dengan angan-angan siapa tahu sebesar impian mampu tercapai! Amin.. Usaha dan tawakal perlu. 

Penghuni Baru!

Semalam baru berborak dengan orang paling aku kagum dalam hidup tentang kisah keakraban aku dengan housemate yang hampir jengah ke 5 tahun. Tapi hari ini, mendapat perkhabaran bahawa housemate itu perlu pindah ke Kuantan dalam masa terdekat kerana perolehi tawaran kerja kerajaan. Mendegar suratan itu, perasaan bebal selubung hidup setengah hari. Bukan dengki kerana rezeki beliau. Itu takdir masakan aku perlu tentang. Cuma keberatan mencari rakan rumah baru sangat lah malapetaka. Mahu keserasian berkongsi segala perkara. Bukan mudah apatah lagi waktu aku bukan sepenuh masa di rumah. Faktor ini amat membimbangkan kalau penghuni baru adalah bukan dari jenis yang kita mahukan. Silap langkah bersepai rumah. Apatah lagi jenis pengotor, deritalah lah kau sepanjang hayat. Semoga penghuni baru adalah yang terbaik malah berharap lebih baik dari sekarang.  Buat housemate lama, bahagialah dengan pekerjaan baru dan jangan lupa aku di sini. Tak sangka pengakhiran kita di Shah Alam jua. Arghh sedih! 

Selasa, 9 September 2014

Nafas..

Kau harus kuat
Untuk bela nasib sendiri
Berikan kau kebahagian
Yang telah kau hilang sejak dahulu
Sebagai empunya diri
Tanggungjawab tidak akan terputus selamanya
Sejauh mana kau pergi
Ia tetap ekori dari belakang tanpa jemu
Setiap langkah kau tinggalkan biarlah bererti
Untuk dikenang di lain hari
Usah lagi kau takut
Pada bayang semalam
Kerana itu satu aras pengalaman
Ajar kau tentang bait kehidupan
Tanpa ia hilanglah pedoman 
Apa yang kau lakukan biarlah sejujur tindakanmu
Padukan niatmu pada kebenaran
Biar diadili Dia, bukan manusia lain
Tiada lagi harus kau sesali
Setiap nafas yang berlalu
Jangan ditagihi pemergiannya
Biarlah ia pergi tanpa sebarang jejak
Agar tidak bersisa di lubuk hati
Untuk dikenang sepanjang hayat
Pergi lah kau pergi
Tinggalkan aku disini
Tanpa rasa cintamu
Akan ku pertahankan segenap rasa
Agar tidak lagi terdetik kasih untukmu
Berdiri membayangi sayangmu semalam
Seolah tidak ada lagi harapan untuk mu
Ku biarkan jodoh berbicara
Andai kata kuat untuk temani hidupku
Akan pasti jua muncul siapakah
Bukan mengalah berserah pada segenap takdir
Tapi ku tahu ia akan datang. Pasti!
Longlai ku berbicara tentang engkau yang samar 
Tapi sekuat iman berbaki dalam nafas
Sanjung ku untuk ku bertahan
Juangkan apa yang benar
Kerna ku tahu keadilan itu sudah tertulis
Untuk lelaki seperti aku.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...