Iklan

Ahad, 20 Julai 2014

Berpuasa Ramadhan Di Tengah Laut



berbuka di atas crew boat


Kini tinggal malam-malam terakhir berpuasa. Baru sahaja menjejakan kaki di bumi Tanah Semenanjung setelah menghabiskan separuh berpuasa di daerah tengah laut Bintulu. Berpuasa bukan penghalang untuk meneruskan kerja hakiki. Kepenatan tidak berbatas hanya Tuhan sahaja yang mengerti tapi demi sesuap rezeki halal tetap bertahan perjuangkan sehingga kudrat terakhir. Tiada apa yang membezakan bekerja di bulan puasa mahupun di hari biasa. Cuma ketara waktu makan tengah hari sahaja tidak berlangsung, di mana rehat dipenuhkan dengan santai mahupun tidur sebagai pelepas lelah paling terbaik.

Saat bermula untuk perlayaran.


Wanita-wanita hebat hidup bersaing dengan lelaki ditengah laut


Menu berbuka jika terlajak berkerja diwaktu berbuka. Bekalan dari kapal

Panas mentari bukan penghalang untuk jalankan tugas 

Bergayut

Berteduh

Khamis, 17 Julai 2014

Kehidupan Offshore ( Offshore Life)..





Lembaran lepas ,hanya gambar jadi santapan.. Mungkin terbuka separuh jiwa sahaja untuk menghayati. Kini ku selitkan sebuah video sebagai medium agar lebih terpahat dalam sanubari.  Video ini bukan aku yang garapkan akan tetapi saudara Farris Norzzali yang aku sedut dari youtube. Apa yang terpapar dalam video ini tidak lari jauh dengan apa yang aku lalui setiap hari kehidupan disana.. Agar apa yang ku cuba paparkan ini mungkin mampu menjentik hati kalian di sana untuk bersama bergelumang dengan kehidupan di laut. Selamat menonton....



Rabu, 16 Julai 2014

Kehidupan Offshore Surveyor



Berdampingan dengan dunia laut, membuatkan aku terpanggil rasa syukur dengan hidup

Dahulu aku bukan berahi untuk terjun ke lautan dalam , selonggar dunia sana. Tapi atas desakan hidup yang terpikul atas bahu memanggil, menyesakkan dada membuatkan aku untuk melangkah dari kebiasaan. Menidakkan segala perancangan yang dibikin diawal kisah.

Sumpah, indah berdamping dengan laut walaupun digasak dengan keadaan yang tidak dijangka. Tapi pasak hati dengan matlamat hidup membuatkan kau tabah untuk setia bersama. Malam siang berganti jawapnya tetap sama.

Susah untuk menjangka apa yang bakal kau berhadapan. Segala kemungkinan bisa hinggap dalam hidup. Cekalkan lah segala perasaan, sedialah segala emosi mu. Lama mana begini itu terpulang pada suratan takdir Tuhan.

Itu rezeki kami, kehidupan dilaut tanpa darat jauh dari mata,jauh dari keluarga ,jauh dari teman dan sahabat tersayang. Memang berkepuk sebab itu jalan yang kami pilih untuk gaji berkepuk. Mahu kepuk bersama tolong tinggal keluarga berkelana hidup dilautan, beraya dilaut, stress di laut malah tidur dilaut. Hak berkepuk hak kami..Offshorian.

Hayati dan cuba bayangkan anda disituasi aku. Gambar nukilan sendiri sahaja.. Nikmatilah.
Sebelum berlayar menuju destinasi
.

Suasana berkehidupan dalam perut kapal



Dua legasi tempat tinggal


kerja 


engineer vs surveyor


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...