Iklan

Selasa, 31 Julai 2012

Kerabu "Sare" (Rumpai Laut)




Ini menu wajib family aku tatkala tibanya bulan ramadhan..Asal silah makanan ini dari rumpai laut yang telah dikeringkan
 terlebih dahulu. Kalau tengok wajah sare ini sebelum diolahkan pasti timbul
 rasa tidak berselera
tapi bila diadunkan akan menjadi satu santapan yang sedap!. Makanan ini lebih popular
di pantai timur. Tempat lain aku tak pasti, selama aku berada
di tempat orang ada juga terbit hendak mencari akan tetapi temui kegagalan.
Kempunan bukan kepalang! sebab terbiasa setiap kali puasa
tekak diasah untuk telan sare ni...

Kebetulan sebelum puasa hari tu, family ada balik kelantan
apa lagi borong sakan lah sare ni..untuk stok puasa
Cara pernyediaan pun senang..tapi cara pembersihan tu perlu teliti
kerana takut bau yg sedia ada tidak dinyahkan dengan sempurna..


Wajah asal sare 

Ahad, 22 Julai 2012

Karipap Putar!..


Asalnya aku boring..kepala terlalu memikirkan perihal thesis yang tidak berkesudahan, gamaknya memang aku pemurah kalau boleh semua orang aku nak print dan harcoverkan thesis tu..Hendaknya! Hisy orang lain berkesudahan selesaikan tanggungjawab sebagai "pelajar" tapi aku masih dihambat dengan tanggungjawab yang tidak berkesudahan. Biarlah kalau hendak singkap balik kisah makan masa yang panjang, jadi nekad biarlah aku sahaja yang simpan segala moment itu. Yang terjadi tetap terjadi,biarlah tabahkan hati..

Mula pada kisah, aku mahu gambarkan setiap langkah penghasilan karipap ini, akan tetapi sebabkan keseorangan menyelesaikan misi membuat karipap putar, lalu kemalasan mengetip punat kamera aku ambil jalan mudah dengan skipkan peringkat yang tidak berkepentingan, dan digalurkan dengan langkah yang mudah. Permulaan rasa berkehendakan membuat karipap putar tapi untuk sampai penghasilan yang ke-5 biji pun memakan masa yang lama dek asyik memutar aku langsungkan niat dengan menukar menggunakan acuan yang tersedia ada. Inilah penghasilan yang mampu aku sediakan. Resepi silalah google ek, aku pun google ...Hehehe.

Doh setelah selesai diuli
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...